- DEFINISI DAN TAFSIRAN
1.1 Melainkan jika dinyatakan sebaliknya, perkataan-perkataan yang berikut akan mempunyai maksud masing-masing seperti yang diperuntukkan seperti di bawah:-
1.2 Melainkan jika dinyatakan sebaliknya:
(a) sebarang pernyataan di bawah adalah termasuk plural dan vice versa, perkataan jantina maskulin seharusnya termasuk jantina feminin dan neuter dan vice versa, dan perkataan seseorang adalah termasuk syarikat atau perbadanan dan vice versa;
(b) perkataan “Terma dan Syarat ini” atau apa-apa ungkapan atau perkataan yang serupa adalah merujuk kepada Terma dan Syarat ini dan apa-apa Terma dan Syarat bertulis tambahan di sini sebagaimana yang berkuatkuasa dari semasa ke semasa atau pada bila-bila masa;
(c) sebarang rujukan kepada klausa, bacaan dan jadual adalah, kecuali dinyatakan sebaliknya, adalah dirujuk kepada Klausa, Bacaan dan Jadual untuk Terma dan Syarat ini, yang mana Bacaan dan Jadual merupakan sebahagian daripada Terma dan Syarat ini dan mempunyai kekuatan dan kesan yang sama seperti dinyatakan secara nyata dalam kandungan Terma dan Syarat ini;
(d) sebarang rujukan kepada orang adalah termasuk rujukan kepada individu, firma, syarikat, perbadanan, amanah, persatuan atau perbadanan yang tidak diperbadankan atau mana-mana Negeri atau kerajaan atau mana-mana agensi daripadanya;
(e) perkataan jantina lelaki adalah termasuk jantina feminin dan neuter dan perkataan tunggal seharusnya termasuk plural dan vice versa;
(f) hari, bulan atau tahun bermaksud hari, bulan atau tahun, mengikut manamana yang berkenaan, dianggap mengikut kalendar Gregorian;
(g) jika sesuatu tindakan dikehendaki dilakukan dalam tempoh hari tertentu selepas atau dari suatu tarikh yang dinyatakan, tarikh hari pertama akan dikecualikan itu dan akan hanya bermula dikira dari hari yang seterusnya dari tarikh yang dinyatakan;
(h) untuk pengiraan tempoh satu bulan dari suatu kejadian atau satu peristiwa atau tindakan atau perkara, tarikh hari kejadian peristiwa atau tindakan itu dilakukan atau dikehendaki untuk dilakukan akan dikecualikan;
(i) di mana hari terakhir untuk melakukan sebarang tindakan atau perkara atau mengambil apa-apa langkah akan tetapi untuk peruntukan ini adalah Hari Ahad atau Cuti Bank atau Cuti Umum atau hari tidak bekerja Peguamcara Syarikat, maka hari terakhir akan menjadi hari bekerja yang seterusnya;
(j) satu dokumen atau borang adalah termasuk apa-apa dokumen atau borang yang ditambah serta diubah dari semasa ke semasa dengan apa-apa jua cara atau berkenaan dengan dan apa-apa dokumen yang dikeluarkan atau dilaksanakan sebagai tambahan atau sebagai gantian, tambahan Terma dan Syarat ini dari semasa ke semasa sepanjang Tempoh Terma dan Syarat ini;
(k) tajuk kepada Terma dan Syarat ini tidak akan menjejaskan pembinaan peruntukan yang terkandung di sini; dan
(l) mana-mana perkataan atau ungkapan yang ditakrifkan dalam Terma dan Syarat ini, definisi hendaklah meliputi semua variasi tatabahasa dan ungkapan kognitif perkataan atau ungkapan yang ditakrifkan.
- HUBUNGAN & UPAH
2.1 Kontraktor beraku-janji untuk membayar kepada Syarikat dengan segera wang sejumlah Ringgit Malaysia Tiga Puluh (RM30.00) Sahaja yang tidak boleh dikembalikan sebaik sahaja selepas pendaftaran dengan Syarikat di platform atas talian yang dibenarkan oleh Syarikat sebagai fi carian latar belakang dan pembekalan satu (1) apron pembersih oleh Syarikat kepada Kontraktor (selanjutnya dirujuk sebagai “Bayaran Pendaftaran”) melalui wang tunai, e-Wallet, sistem perbankan dalam talian atau apa-apa cara lain yang dipersetujui oleh Syarikat.
2.2 Untuk mengelakkan sebarang keraguan, Kontraktor dengan ini memberikan persetujuan kepada Syarikat untuk membuat carian latar belakang ke atas Kontraktor dan Syarikat hanya akan memproses pendaftaran Kontraktor selepas Bayaran Pendaftaran tersebut dibayar oleh Kontraktor kepada Syarikat.
2.3 Sebaik selepas pendaftaran Kontraktor berjaya, Syarikat adalah dengan ini mengupah Kontraktor dan Kontraktor dengan ini bersetuju untuk menerima pengupahan oleh Syarikat untuk memberikan Perkhidmatan kepada Syarikat sepanjang Tempoh Terma dan Syarat ini.
2.2 Untuk Perkhidmatan yang diberikan oleh Kontraktor kepada Syarikat, Syarikat akan membayar Upah kepada Kontraktor bagi setiap tugas yang diberi kepada Kontraktor sepanjang Tempoh Terma dan Syarat ini yang mana akan dibayar kepada Kontraktor dalam tempoh masa tujuh (7) hari selepas pembayaran oleh pelanggan Syarikat.
2.3 Ia adalah tiada sebarang jaminan pendapatan tetap atau jumlah Upah tetap yang perlu dibayar oleh Syarikat kepada Kontraktor di bawah Terma dan Syarat ini.
2.4 Dengan ini, Kontraktor bersetuju dan mengakui bahawa:-
(a) Syarikat tidak akan mempunyai sebarang kewajipan atau tanggungjawab bagi sebarang sumbangan kepada Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (“KWSP”), Kumpulan Wang Jaminan Sosial (“PERKESO”) dan/atau caruman berkanun lain yang dikehendaki atau ditetapkan di bawah Undang-Undang Malaysia bagi pihak Kontraktor sepanjang Tempoh Terma dan Syarat ini yang mana Kontraktor akan menanggung rugi sendiri dan mengecualikan Syarikat daripada apa-apa tindakan tuntutan oleh pihak berkuasa yang berkenaan dengan sumbangan KWSP, PERKESO dan apa-apa caruman berkanun lain yang dibuat oleh Kontraktor sendiri secara sukarela; dan
(b) Kontraktor tidak berlayak untuk mengambil bahagian dalam atau menerima apa-apa manfaat pekerja yang diberikan oleh Syarikat kepada pekerjanya.
2.4 Kontraktor tidak akan mempunyai kuasa dan tidak harus melaksanakan atau mengisytiharkan dirinya mempunyai sebarang kuasa untuk memasuk atau membuat sebarang kontrak atau untuk menjalankan apa-apa komitmen atau kewajipan untuk mana-mana pihak ketiga yang lain, atas nama atau bagi pihak Syarikat pada semua masa yang material.
2.5 Selepas penamatan Tempoh Terma dan Syarat ini, pengupahan Kontraktor oleh Syarikat akan diperbaharui atau dilanjutkan mengikut budi bicara mutlak Syarikat.
- PERKHIDMATAN & KEWAJIPAN KONTRAKTOR
3.1 Pihak-pihak berkenaan bersetuju bahawa Kontraktor bertanggungjawab untuk memberi Perkhidmatan, sifat dan skop pekerjaan adalah dinyatakan seperti berikut:-
- membersihkan dengan menyapu, mengelap, menggosok, atau vakum lantai premis atau bangunan;
- mengumpul dan mengosongkan tong sampah;
- membersihkan tandas-tandas;
- mengikut prosedur Syarikat untuk menggunakan bahan pencuci kimia dan peralatan elektrik, untuk mengelakkan kerosakan kepada lantai dan lekapan;
- jika diminta oleh pelanggan, memotong rumput dan semak dengan alat pemotong rumput atau alat tangan dan pemangkas kuasa, serta membersihkan serpihan dari lantai;
- menyemburkan racun serangga dan fumigant untuk mencegah infestasi serangga dan tikus;
- membersih dan menggilap perabot dan lekapan;
- membersihkan tingkap, sekatan kaca, dan cermin dengan air sabun atau alat pembersih, span, dan alat penyeka yang lain;
- menyapu habuk perabot, dinding, mesin, dan peralatan; dan
- membersihkan permaidani dengan detergen atau secara stim.
DENGAN SYARAT BAHAWA Syarikat berhak untuk memintak Kontraktor untuk memberikan perkhidmatan tambahan sepanjang Tempoh Terma dan Syarat ini bilabila masa Syarikat menganggap sesuai dan wajar.
3.2 Untuk melaksanakan tanggungjawab di atas, Kontraktor dengan ini mengakui bahawa Kontraktor mempunyai personaliti dan integriti yang baik dan mempunyai kriteria seperti yang berikut:-
- Seorang pembersih yang berpengalaman terbukti;
- Keupayaan untuk mengendalikan peralatan dan mesin pembersihan yang berat;
- Mempunyai pengetahuan ke atas bahan kimia dan bekalan pembersihan;
- Kesedaran kesihatan dan keselamatan
- WAKTU BEKERJA, PENGINAPAN & PENGANGKUTAN
4.1 Pihak-pihak berkenaan bersetuju bahawa Kontraktor tidak mempunyai waktu kerja tetap di mana Kontraktor dikehendaki bekerja apabila dipanggil atau dihubungi pada bila-bila masa dalam hari bekerja dan masa seperti berikut:-
Isnin hingga Ahad : 9.00 a.m. – 6.00 p.m.
4.2 Pihak-pihak bersetuju bahawa Kontraktor tidak berhak untuk menolak manamana kerja yang diberi oleh Syarikat kecuali dalam keadaan di mana Kontraktor mengemukakan sijil kesakitan untuk menunjukkan bahawa Kontraktor tidak boleh bekerja.
4.3 Kontraktor hendaklah melaporkan diri untuk bekerja atau menghadiri Perkhidmatan di premis yang diarahkan oleh Syarikat dengan pengaturan pengangkutan sendiri.
4.4 Pihak-pihak di sini bersetuju bahawa Syarikat tidak akan bertanggungjawab terhadap tempat penginapan Kontraktor dalam apa jua keadaan.
- MAKLUMAT SULIT
5.1 Kontraktor beraku janji untuk tidak mendedahkan apa-apa Maklumat Sulit yang boleh diperolehi sepanjang Tempoh Terma dan Syarat ini pada semua masa yang material kepada mana-mana pihak ketiga.
5.2 Kontraktor tidak boleh pada bila-bila masa sepanjang Tempoh Terma dan Syarat ini untuk melibatkan diri secara langsung atau tidak langsung dalam manamana perniagaan atau pekerjaan lain yang sama samada sebagai prinsipal, ejen, pekhidmat, atau broker di bawah apa jua keadaan.
- PENAMATAN TERMA DAN SYARAT
6.1 Pihak-pihak di sini bersetuju bahawa Syarikat boleh menamatkan Terma dan Syarat ini pada bila-bila masa sebelum tamat Tempoh Terma dan Syarat ini dengan memberikan notis empat puluh lapan jam secara bertulis kepada Kontraktor.
6.2 Walaubagaimanapun, Syarikat mempunyai hak mutlak dan tidak terikat untuk menamatkan Terma dan Syarat ini dengan serta-merta tanpa sebarang notis jika:-
- Kontraktor bersalah atas apa-apa salah laku termasuk tetapi tidak terhad kepada tidak mematuhi perintah atau arahan yang diberikan oleh Syarikat, terlibat dalam pertempuran, ketidakhadiran kerja atau tugas yang diperuntukkan oleh Syarikat tanpa penjelasan yang munasabah atau pengabaian yang sengaja dalam pelepasan tugas dan tanggungjawab di bawah Klausa 3 di sini;
- Kontraktor melakukan apa-apa pelanggaran terma dan syarat, ketetapan atau peruntukan di dalamnya;
- Kontraktor disabitkan dengan apa-apa kesalahan jenayah;
- Perkhidmatan atau prestasi Kontraktor tidak sehingga jangkaan munasabah Syarikat; dan
- Kontraktor terlibat dalam mendedahkan Maklumat Sulit, melakukan apa-apa aktiviti haram di bawah konteks undang-undang Malaysia atau melanggar peraturan dan regulasi yang ditetapkan oleh Syarikat dari semasa ke semasa.
6.3 Penamatan Terma dan Syarat ini tanpa apa-apa notis seperti yang dinyatakan dalam Klausa 6.2 di atas tidak menjejaskan hak Syarikat untuk menuntut daripada Kontraktor apa-apa kerosakan atau kerugian yang dialami berpunca daripada tindakan Kontraktor.
6.4 Sekiranya Kontraktor menamatkan Perkhidmatan atau Terma dan Syarat secara unilateral dalam Tempoh Terma dan Syarat ini, Kontraktor dikehendaki untuk membayar kepada Syarikat apa-apa kerugian atau kerosakan yang dialami oleh Syarikat yang berpunca daripada penamatan Terma dan Syarat ini oleh pihak Kontraktor tetapi tanpa prejudis kepada hak dan remedi Syarikat terhadap Kontraktor berkenaan dengan sebarang tuntutan lampiran atau pelanggaran Terma dan Syarat ini.
- NON-SOLICITATION
7.1 Kontraktor beraku janji bahawa:-
- Kontraktor tidak boleh secara langsung atau tidak langsung, sama ada secara bersendirian atau bersama dengan orang lain, untuk manfaat sendiri Kontraktor atau untuk manfaat mana-mana orang lain, firma, perkongsian, perbadanan atau entiti lain, meminta atau menarik pekerja, kontraktor atau perunding kepada Syarikat untuk meninggalkan Syarikat atau untuk bekerja bagi sesiapa yang bersaing dengan Syarikat semasa Tempoh Terma dan Syarat ini dan sepanjang tempoh dua (2) tahun selepas penamatan Tempoh Terma dan Syarat ini; dan
- Kontraktor tidak boleh secara langsung atau tidak langsung, sama ada bersendirian atau bersama dengan orang lain, untuk manfaat sendiri Kontraktor atau untuk manfaat mana-mana orang lain, firma, perkongsian, perbadanan atau entiti lain, meminta atau menarik atau dengan apa-apa cara menyebabkan mana-mana pelanggan atau pembekal Syarikat untuk menjalankan perniagaan dengan mana-mana entiti perniagaan dalam persaingan dengan Syarikat semasa Tempoh Terma dan Syarat ini dan sepanjang tempoh dua (2) tahun selepas penamatan Tempoh Terma dan Syarat ini.
- INSURANS
8.1 Kontraktor dikehendaki mendapatkan dan menyelenggara, dengan kos sendiri dan perbelanjaan kos polisi insurans yang sah untuk menginsuranskan apaapa kerugian, kerosakan, penyakit, kecederaan atau kematian yang dialami oleh dirinya sendiri yang berpunca daripada pemberian Perkhidmatan kepada Syarikat di bawah Terma dan Syarat ini.
8.2 Kontraktor akan terus memperoleh dan menyelenggara, dengan kos dan perbelanjaan sendiri oleh Kontraktor dan membiayai dasar insurans yang sah seperti yang akan melindunginya daripada tuntutan ganti rugi kerana kecederaan, penyakit, atau kematian, yang mana seseorang mengalami, dan daripada tuntutan untuk kecederaan atau pemusnahan harta yang nyata, termasuk kehilangan upaya, manamana atau kesemuanya yang mungkin timbul daripada atau hasil daripada pemberian Perkhidmatan kepada Syarikat di bawah Terma dan Syarat ini.
- INDEMNITI
9.1 Kontraktor hendaklah menanggung rugi Syarikat:-
bagi semua kerugian atau liabiliti yang timbul secara langsung atau tidak langsung yang berpunca daripada Perkhidmatan termasuk semua kerugian atau liabiliti yang disebabkan oleh Kontraktor; dan
semua kos perundangan (di atas peguamcara dan pelanggan sendiri atau asas tanggung rugi penuh, mana-mana yang lebih besar) dan perbelanjaan lain yang ditanggung oleh Syarikat yang berkaitan dengan permintaan, tindakan, timbang tara atau prosiding lain (termasuk pengantaraan, berkompromi, penyelesaian di luar mahkamah atau rayaun dan termasuk sebarang tindakan yang diambil unuk pemulihan hutang).
- PEMBERIAN KEPADA PIHAK KETIGA
10.1 Kedua-dua pihak tidak boleh memberikan Terma dan Syarat ini atau manamana bahagiannya kepada pihak ketiga tanpa persetujuan bertulis pihak lain, dalam perkara ini, alasan penolakan persetujuan bertulis oleh satu pihak lain adalah perlu munasabah.
- KETIDAK PENGUATKUASAAN
11.1 Ketidak penguatkuasaan mana-mana peruntukan atau suatu terma di dalam Terma dan Syarat ini oleh salah satu pihak tidak akan dianggap sebagai penerimaan pelanggaran berikutan yang sama atau peruntukan lain.
- KETERASINGAN
12.1 Sekiranya mana-mana peruntukan Terma dan Syarat ini dianggap oleh Mahkamah atau pihak berkuasa berwibawa sebagai tidak sah atau tidak boleh dikuatkuasakan, ia akan dianggap dibuang daripada Terma dan Syarat ini dan peruntukan yang lain akan terus terpakai. Pihak-pihak dengan ini akan berunding dengan suci hati untuk bersetuju dengan syarat-syarat mutlak yang memenuhi syarat untuk digantikan untuk peruntukan yang dianggap tidak sah atau tidak dapat dilaksanakan.
- UNDANG-UNDANG
13.1 Terma dan Syarat ini akan tertakluk kepada undang-undang MALAYSIA, dan MAHKAMAH MALAYSIA akan mempunyai bidang kuasa eksklusif berkenaan dengan sebarang pertikaian yang timbul daripada Terma dan Syarat ini.
14. NOTIS
14.1 Mana-mana notis yang akan disampaikan oleh mana-mana pihak kepada pihak lain hendaklah secara bertulis dan akan disifatkan disampaikan:-
(a) jika ia dihantar melalui pos berdaftar prabayar, yang dialamatkan kepada pihak lain di alamat yang disebut di sini dan dalam hal sedemikian ia akan dianggap (sama ada ia disampaikan atau tidak) telah diterima oleh pihak yang lain selepas ia diposkan; atau
(b) jika ia dihantar secara serahan tangan, kepada pihak lain; atau
(c) dalam kes penghantaran melalui faksimili, apabila nombor faksimili penerima ditunjukkan pada log penerimaan penghantar yang disahkan untuk penghantaran mengenai tarikh, masa dan penghantaran semua halaman dan hendaklah dialamatkan kepada alamat pihak-pihak dengan ini ditetapkan dari semasa ke semasa melalui notis secara bertulis kepada orang lain.
(d) jika ia dihantar melalui e-mel, yang dialamatkan kepada alamat e-mel penerima, dalam kes sedemikian, ia akan dianggap telah diterima oleh pihak yang lain selepas e-mel berjaya dihantar.
- KESELURUHAN TERMA DAN SYARAT & VARIASI
15.1 Terma dan Syarat ini menetapkan keseluruhan terma dan syarat dan pemahaman antara pihak-pihak dan mengenai perkara ini jika Terma dan Syarat ini akan mengganti dan mengambil alih semua perbincangan dan rundingan sebelum ini, pihak-pihak tidak akan terikat dengan apa-apa syarat, definisi, waranti, representasi atau pemahaman, sama ada secara lisan atau bertulis, berkenaan dengan perkara Terma dan Syarat ini, selain daripada yang dinyatakan dengan jelas dalam Terma dan Syarat ini.
15.2 Terma dan Syarat ini tidak tertakluk kepada perubahan atau pengubahsuaian kecuali dengan surat bertulis yang ditandatangani oleh pihak-pihak berkenaan
- VERSI ATAU BAHASA TERMA DAN SYARAT YANG DIUTAMAKAN
16.1 Sekiranya terdapat sebarang konflik dan pertikaian di antara versi Bahasa Malaysia Terma dan Syarat ini dan versi Bahasa English, versi Bahasa Inggeris akan diutama serta digunakan


